Skip to main content

Menyambung Ijazah Di Universiti Islam Indonesia




Pengenalan Universiti/Universitas Islam Indonesia

Universitas Islam Negeri (UIN) ialah sebuah institusi perguruan/pengajian tinggi Islam negeri di Republik Indonesia (RI) yang menawarkan pengajian Islam dan juga pengajian akademi (selain pengajian Islam).  Pengurusan dan pentadbiran pengajian tinggi Islam ini diurus oleh Kementerian Agama (RI). Selain dari Universitas Islam Negri (UIN) terdapat dua lagi pengajian tinggi Islam yang dibawah pengurusan Kementerian Agama iaitu Institut Agama Islam Negeri (IAIN) dan Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN). 

Sejarah Penubuhan Universitas Islam Negeri 

Setiap institusi mempunyai batu asasnya snediri untuk terus berdiri sehingga hari ini, begitu juga dengan berdirinya Universitas Islam Negeri (UIN). Sejarah pembentukan ini bermula dari pembentukan IAIN  pada tahun 1960 oleh kerajaan Indonesia di kota Yogyakarta yang diberi nama IAIN Al-Jami'ah Al-Islamiah Al-Hukumiyah. Pembentukan IAIN ini adalah hasil dari gabungan Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri (PTAIN) Yogyakarta dan Akademi Dinas Ilmu Agama (ADIA) Jakarta. Bermula disitu lah berdirinya cawagan IAIN di seluruh Indonesia dan yang terakhir terbentuk ialah IAIN Sumatra Utara pada tahun1973.

IAIN mula bertukar menjadi Universitas Islam Negeri (UIN) apabila IAIN memiliki fakultas dan jurusan yang diluar dari pengajian Islam. IAIN Syarif Hidayatullah di Jakarta adalah IAIN pertama bertukar nama menjadi UIN dan diikuti oleh beberapa IAIN ynag lain. maka dari sini lah menjadi asas uatama kepada penubuhan Uinversitas Islam Negeri (UIN) diseluruh Indonesia.


Senarai Universiti/Universitas Islam Negeri (UIN) yang berada di Indonesia

Berikut adalah senarai UIN yang terdapat diseluruh Indonesia;
  1. UIN Syarif Hidayatullah (Jakarta)
  2. UIN Sultan Syarif Kasim (Pekanbaru, Riau)
  3. UIN Imam Bonjol (Kota Padang)
  4. UIN Ar-Raniri (Bandar Aceh)
  5. UIN Alauddin (Makassar)
  6. UIN Antasari (Banjarmasin)
  7. UIN Mataram (Lombok)
  8. UIN Maulana Malik Ibrahim (Malang)
  9. UIN Raden Fatah (Palembang)
  10. UIN Raden Intan (Bandar Lampung)
  11. UIN Sultan Maulana Hasanuddin (Banten)
  12. UIN Sultan Thaha Saifuddin (Jambi)
  13. UIN Sumatra Utara (Medan)
  14. UIN Sunan Ampel (Surabaya) 
  15. UIN Sunan Gunung Djati (Bandung)
  16. UIN Sunan Kalijaga (Yogyakarta)
  17. UIN Walisongo (Semarang)

Semakkan Pengesahan Pengiktirafan Universitas Islam Negeri (UIN) oleh Kerajaan Malaysia

Di ingatkan sekali lagi supaya anda tidak lupa untuk menyemak pengiktirafan di portal Agensi Kelayakkan Malaysia (MQA). Cara untuk menyemaknya adalah seperti yang telah di ajarkan sebelum ini di artikal saya yang sebelumnya.




Semoga ianya bermanfaat dan sekian dari penulis.





Comments

Popular posts from this blog

Biasiswa Ijazah Pengajian Islam Dan Yuran Berpatutan

"Pendidikan adalah satu keperluan bagi setiap orang untuk terus maju kehadapan" Tidak semua orang mempunyai nasib yang baik untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang ia impikan dan ia mahukan. Kewangan adalah kekagangan yang utama menjadi penghalang seseorang itu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti. Pengajian dan pendidikan dengan harga yang berpatutan dan murah menjadi impian setiap pelajar dan mahasiswa untuk bergelar sarjana. Tidak semua IPT menawarkan dengan harga yang berpatutan dan berkemampuan untuk mahasiswa.  Di beberapa tempat pengajian di Indonesia mereka mengenakan yuran yang berpatutan dan harga berdasarkan kemampuan pelajar tersebut. Selain itu, mereka juga menawarkan biasiswa kepada pelajar yang memamng tidak berkemampuang melalui beberapa biasiswa iaitu; Biasiswa Mahasiswa Asing Biasiswa UPZ UIN Imam Bonjol Antara Universitas/Universiti yang menawarkan harga mengikut kemampuan dan menawarkan biasiswa ialah UIN Imam Bonjol Padang. Pembayaran...

Cara Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia

P enganalan N egara I ndonesia Indonesia ialah sebuah negara republik yang terletak Asia Tenggara yang bersebelahan dengan Malaysia. Negara republik ini juga bersebelahan dengan beberapa buah negara lain lagi seperti Singgapura, Filipina, Timor Leste dan Australia. Pusat pentadbiran dan ibu negara bagi Republik Indonesia ialah Jakarta yang berada di kepulauan Jawa. Indonesia juga sebuah negara yang mempunyai 17,508 pulau dengan populasi penduduk seramai 265 juta orang. Dengan jumlah kepulauan yang ada menjadikan Indonesia sebuah negara yang paling banyak di dunia dan menjadi negara penduduk Muslim terbanyak di dunia. Kepulaun-kepulaun di Indonesia di pecahkan menjadi 7 bahagian utama iaitu kepulauan Sumatera, kepulauan Jawa, Kepulaun Bali dan Nusa Tenggara, Kepulauan Kalimantan, Kepulauan Sulawesi, Kepulaun Maluku, dan Papua. Di setiap kepulauan mempunyai provensi (Negeri) tersendiri seperti; Sumatra Aceh Sumatra Utara  Sumatra Barat  Riau Kepulauan Ri...