Skip to main content

Pesanan Luqman Nul-Hakim Pada Anaknya


Luqman Nul-Hakim adalah seorang tokoh yang diceritakan di dalam al-Quran bagaimana beliau mendidik anaknya. Didalam pesananya banyak ibrah dan tauladan dapat kita contohi untuk mendidik anak. Mendidik, merawat dan menjaga anak ini di ibarat seperti menjaga tanaman, sekiranya ia tidak di jaga dengan baik maka akan rosak lah.

 

Siapakah sebenarnya Luqman Nul-Hakim ini sehingga disebut didalam al-Quran? Beliau adalah seorang berkulit hitam dari Habsyah, walau beliau dilahirkan seorang yang berkulit hitam beliau tidak merasakan dirinya seorang yang hina. Luqman Nul-Hakim berkulit hitam tetapi hatinya tersangat putih dan mulia. Selain kulitnya hitam beliau juga memiliki bibir yang tebal, tetapi bibir itu lah telah menungkapkan lembaran-lembaran hikmah sehingga menjadi rujukan dan tauladan kepada manusia hingga ke hari ini dalam pendidikan keluarga dan kanak.[1] Antara pesanan-pesanan Luqman Nul-Hakim ialah;

 

1.      Bersyukur dan Menghargai Diri

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِۚ وَمَن يَشۡكُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٞ

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman: 12)

 

2.      Tidak Menyekutukan Allah

وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَيَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Surah Luqman: 13)

 

3.      Menghormati Ibu Bapa

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman: 14)

 

4.      Menanam Perasaan Takut Pada Allah

يَٰبُنَيَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثۡقَالَ حَبَّةٖ مِّنۡ خَرۡدَلٖ فَتَكُن فِي صَخۡرَةٍ أَوۡ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ يَأۡتِ بِهَا ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٞ

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Surah Luqman: 16)

 

5.      Mendirikan Solat

يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Surah Luqman: 17)

 

6.      Mengajak Berbuat Baik, dan Melarang Kemungkaran

 

يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ

 

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Surah Luqman: 17)

 

7.      Jagan Sombong

وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Luqman: 18)

8.      Bertawaduk

وَٱقۡصِدۡ فِي مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَٰتِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِيرِ

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Surah Luqman: 19)



[1] Abdullah al-Ghamidi, namamya luqman al-Hakim, ter. Imam khoiri (yogyakarta: Diva press. 2008. Hal 37



Comments

Popular posts from this blog

Biasiswa Ijazah Pengajian Islam Dan Yuran Berpatutan

"Pendidikan adalah satu keperluan bagi setiap orang untuk terus maju kehadapan" Tidak semua orang mempunyai nasib yang baik untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang ia impikan dan ia mahukan. Kewangan adalah kekagangan yang utama menjadi penghalang seseorang itu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti. Pengajian dan pendidikan dengan harga yang berpatutan dan murah menjadi impian setiap pelajar dan mahasiswa untuk bergelar sarjana. Tidak semua IPT menawarkan dengan harga yang berpatutan dan berkemampuan untuk mahasiswa.  Di beberapa tempat pengajian di Indonesia mereka mengenakan yuran yang berpatutan dan harga berdasarkan kemampuan pelajar tersebut. Selain itu, mereka juga menawarkan biasiswa kepada pelajar yang memamng tidak berkemampuang melalui beberapa biasiswa iaitu; Biasiswa Mahasiswa Asing Biasiswa UPZ UIN Imam Bonjol Antara Universitas/Universiti yang menawarkan harga mengikut kemampuan dan menawarkan biasiswa ialah UIN Imam Bonjol Padang. Pembayaran...

Menyambung Ijazah Di Universiti Islam Indonesia

Pengenalan Universiti/Universitas Islam Indonesia U niversitas Islam Negeri (UIN) ialah sebuah institusi perguruan/pengajian tinggi Islam negeri di Republik Indonesia (RI) yang menawarkan pengajian Islam dan juga pengajian akademi (selain pengajian Islam).  Pengurusan dan pentadbiran pengajian tinggi Islam ini diurus oleh Kementerian Agama (RI). Selain dari Universitas Islam Negri (UIN) terdapat dua lagi pengajian tinggi Islam yang dibawah pengurusan Kementerian Agama iaitu Institut Agama Islam Negeri (IAIN) dan Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN).  Sejarah Penubuhan Universitas Islam Negeri  Setiap institusi mempunyai batu asasnya snediri untuk terus berdiri sehingga hari ini, begitu juga dengan berdirinya Universitas Islam Negeri (UIN). Sejarah pembentukan ini bermula dari pembentukan IAIN  pada tahun 1960 oleh kerajaan Indonesia di kota Yogyakarta yang diberi nama IAIN Al-Jami'ah Al-Islamiah Al-Hukumiyah. Pembentukan IAIN ini adalah hasil dari gabungan Pergu...

Cara Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia

P enganalan N egara I ndonesia Indonesia ialah sebuah negara republik yang terletak Asia Tenggara yang bersebelahan dengan Malaysia. Negara republik ini juga bersebelahan dengan beberapa buah negara lain lagi seperti Singgapura, Filipina, Timor Leste dan Australia. Pusat pentadbiran dan ibu negara bagi Republik Indonesia ialah Jakarta yang berada di kepulauan Jawa. Indonesia juga sebuah negara yang mempunyai 17,508 pulau dengan populasi penduduk seramai 265 juta orang. Dengan jumlah kepulauan yang ada menjadikan Indonesia sebuah negara yang paling banyak di dunia dan menjadi negara penduduk Muslim terbanyak di dunia. Kepulaun-kepulaun di Indonesia di pecahkan menjadi 7 bahagian utama iaitu kepulauan Sumatera, kepulauan Jawa, Kepulaun Bali dan Nusa Tenggara, Kepulauan Kalimantan, Kepulauan Sulawesi, Kepulaun Maluku, dan Papua. Di setiap kepulauan mempunyai provensi (Negeri) tersendiri seperti; Sumatra Aceh Sumatra Utara  Sumatra Barat  Riau Kepulauan Ri...