Penganalan Negara Indonesia
Indonesia ialah sebuah negara republik yang terletak Asia Tenggara yang bersebelahan dengan Malaysia. Negara republik ini juga bersebelahan dengan beberapa buah negara lain lagi seperti Singgapura, Filipina, Timor Leste dan Australia. Pusat pentadbiran dan ibu negara bagi Republik Indonesia ialah Jakarta yang berada di kepulauan Jawa.
Indonesia juga sebuah negara yang mempunyai 17,508 pulau dengan populasi penduduk seramai 265 juta orang. Dengan jumlah kepulauan yang ada menjadikan Indonesia sebuah negara yang paling banyak di dunia dan menjadi negara penduduk Muslim terbanyak di dunia. Kepulaun-kepulaun di Indonesia di pecahkan menjadi 7 bahagian utama iaitu kepulauan Sumatera, kepulauan Jawa, Kepulaun Bali dan Nusa Tenggara, Kepulauan Kalimantan, Kepulauan Sulawesi, Kepulaun Maluku, dan Papua. Di setiap kepulauan mempunyai provensi (Negeri) tersendiri seperti;
Sumatra
- Aceh
- Sumatra Utara
- Sumatra Barat
- Riau
- Kepulauan Riau
- Jambi
- Sumatra Selatan
- Kepulauan Bangka Belitung
- Bengkulu
- Lampung
Jawa
- Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI Jakarta)
- Banten
- Jawa Barat
- Jawa Tengah
- Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY)
- Jawa Timur
Kepulauan Nusa Tenggara
- Bali
- Nusa Tenggara Barat
- Nusa Tenggara Timur
Kalimantan
- Kalimantan Barat
- Kalimantan Tengah
- Kalimantan Selatan
- Kalimantan Timur
- Kalimantan Utara
Sulawesi
- Sulawesi Utara
- Gorontalo
- Sulawesi Tengah
- Sulawesi Barat
- Sulawesi Selatan
- Sulawesi Tenggara
Kepulauan Maluku
- Maluku
- Maluku Utara
Papua
- Papua Barat
- Papua
Ripublik Indonesia juga telah menanam satu falsafah yang penting kepada rakyatnya untuk menjadi rakyat yang cinta dan setia pada negara iaitu Pancasila. Pancasila mempunyai 5 prinsip;
- Ketuhanan Yang Maha Esa
- Kemanusian Yang Adil dan Beradap
- Persatuan Rakyat Indonesia
- Kerakyatan Yang Dipimpin Oleh Hikmah Kebijaksanaan Dalam Permusyawaratan atau perwakilan
- Keadilan Sosial Bagi Seluruh Rakyat Indonesia
Tata Cara Untuk Menyambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda
Perlu anda ketahui bahawa untuk melanjutkan pengajian ke mana-mana institusi pendidikan, anda perlulah melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti terlebih dahulu mengikut bidang pengajian yang anda kehendaki. Syarat setiap Universiti adalah berbeza-beza bergantung kepada Universiti masing-masing dan syarat minimal adalah mempunyai Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Untuk paparan syarat kelayakan akan saya paparkan dihalaman yang lain. Untuk anda menyambung pengajian perlulah anda melakukan perkara tersebut;
Pertama : Tempat Pengajian
Tempat pengajian adalah perkara yang paling utama untuk anda kenal pasti kerana terlalu banyak tempat pengajian di Indonesia. Anda juga perlu ketahui yang tidak semua tempat pengajian di iktiraf oleh kerajaan Malaysia melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Untuk pengatahuan lebih lanjut berkenaan pengiktirafan anda boleh layari di http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ atau terus ke https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm. Anda boleh melihat pada gambar yang telah dipaparkan sebagai panduan untuk melayari portal tersebut;
- Selepas anda melayari pautan yang telah diberi, akan muncul seperti dibawah,
- Selepas itu anda ke bahagian negara untuk membuat pilihan negara,
- Seterusnya pergi ke bahagian Institusi untuk memilih Universiti, kemudian mengelik dibahagian "Cari".
Kedua : Program Pengajian
- Selepas itu, anda akan di paparkan seperti dibawah dan akan muncul program yang telah di iktiraf oleh kerajaan Malaysia
- Kemudian, anda perlu menekan pada tulisan berwarna biru untuk maklumat lebih lanjut
- Akan terpaparlah maklumat lanjut berkenaan program yang anda pilih
Anda perlulah juga pergi ke portal rasmi pihak universiti yang anda pilih untuk melihat sebarang pemakluman berkenaan pengambilan pelajar baru ke universiti mereka. Untuk anda mengenal pasti portal rasmi universiti kerana dia mempunyai beberapa tanda, anda boleh melihat gambar di bawah sebagai panduan;
Empat : Mencari Agensi
Anda perlulah mencari agensi yang berkelayakan dan dipercayai untuk mengurus keperluan anda untuk melanjutkan pengajian keluar negara. Tujuan memilih agensi adalah supaya dokumentasi dan urusan anda tidak mempunyai masala terutama dibahagian pendaftaran universiti dan VISA. Untuk anda mendaftarkan sendiri ke universiti adalah tidak digalakkan.
Lima: Persiapan Mental
Persiapan mental amatlah perlu bagi seorang pelajar untuk menyambung pengajian ke luar negara tidak kira dimana sekalipun kerana anda akan berhadapn dengan orang yang berbeza negara, berbeza budaya, berbeza cara bersosial dan lain-lain lagi. Apa yang mnejadi perbezaan negara Indonesia dengan negara yang lain adalah dari sudut bahasa dan budaya. Indonesia mempunyai persamaan dari sudut bahasa dan budaya dengan Malaysia yang tidak jauh bezanya berbanding negara-negara lain. Tetapi persiapan mental harus juga kuat untuk memastikan kita terus mencapai cita-cita dan impian anda.
Enam: Persiapan Teknikal
Persiapan teknikal ini adalah persiapan dokumen pelajar yang terkait dengan pendaftaran dan juga passport untuk keluar negara. Passport anda boleh dibuat dimana-mana pejabat imigresen terdekat dengan membawa surat tawaran dan RM100. Selain itu, persiapan kewangan juga perlu dititik beratkan untuk mombolehkan anda membayar yuran, VISA, rumah dan perkara-perkara yang berkaitan untuk anda menyambung pelajarn.
Semoga tata cara ini memberi manfaat kepada anda, sekian terima kasih

Comments
Post a Comment