Luqman Nul-Hakim adalah seorang tokoh yang diceritakan di dalam al-Quran bagaimana beliau mendidik anaknya. Didalam pesananya banyak ibrah dan tauladan dapat kita contohi untuk mendidik anak. Mendidik, merawat dan menjaga anak ini di ibarat seperti menjaga tanaman, sekiranya ia tidak di jaga dengan baik maka akan rosak lah. Siapakah sebenarnya Luqman Nul-Hakim ini sehingga disebut didalam al-Quran? Beliau adalah seorang berkulit hitam dari Habsyah, walau beliau dilahirkan seorang yang berkulit hitam beliau tidak merasakan dirinya seorang yang hina. Luqman Nul-Hakim berkulit hitam tetapi hatinya tersangat putih dan mulia. Selain kulitnya hitam beliau juga memiliki bibir yang tebal, tetapi bibir itu lah telah menungkapkan lembaran-lembaran hikmah sehingga menjadi rujukan dan tauladan kepada manusia hingga ke hari ini dalam pendidikan keluarga dan kanak. [1] Antara pesanan-pesanan Luqman Nul-Hakim ialah; 1. Bersyukur dan Menghargai Di...